Pendidik Pembangunan Diri

Hidup Bermakna
Dengan Tindakan,
Bukan Semangat Semata.

Adibah Rozain menterjemahkan dapatan kajian sains terkini tentang tingkah laku manusia kepada panduan praktikal, supaya anda tahu bukan sahaja apa yang perlu berubah, tetapi tepat bagaimana untuk melakukannya.

1,000+
Sesi Ceramah
13
Tahun Di Pentas
1,000
Audiens Terbesar
Adibah Rozain

Siapa Adibah Rozain?

Adibah Rozain, Pendidik Pembangunan Diri berasas di Kuala Lumpur.

Telah menyampaikan lebih 1,000 sesi ceramah dengan audiens sehingga 1,000 orang. 13 tahun pengalaman di pentas pengucapan awam.

Beliau bukan sekadar menyampaikan inspirasi yang menaikkan semangat, namun menterjemahkan dapatan kajian sains terkini tentang tingkah laku manusia kepada panduan praktikal yang boleh anda gunakan serta-merta.

Sebagai juara rancangan realiti pengucapan awam di TV3, hos slot harian 'Kapsul Reset Petang Ini' di Radio Zayan, dan pernah mengisi slot 'Motivasi Pagi' di IKIM FM, beliau faham cara menyampaikan ilmu agar dirasai dan diingati.

Memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Psikologi Perkembangan, asas akademik yang memperkukuh setiap sesi.

Adibah Rozain Profile

Misi beliau satu: membantu anda hidup lebih bermakna dan produktif, bukan esok, tapi mulai sekarang.

Beri Audiens Anda Lebih
Dari Sekadar Inspirasi

Mencetuskan inspirasi itu baik. Menggerakkan tindakan nyata itu lebih berkesan. Adibah Rozain membantu anda dalam kedua-duanya.

Apa Yang Menjadikan Adibah Berbeza?
Ceramah
1 Jam – 1 Jam 30 Minit
Sesuai untuk majlis, konvensyen, dan seminar besar. Penyampaian yang memukau dengan kandungan yang padat dan berimpak.
Seminar
Half-Day
Sesuai untuk workshop, latihan dalaman, dan program organisasi. Interaktif, mendalam, dan berorientasikan tindakan.

Empat Teras Pembangunan Diri

01
Mindset & Cara Fikir
"Fikiran Yang Betul, Hidup Yang Berbeza"
Kajian sains membuktikan cara kita berfikir menentukan tindakan kita. Sesi ini membongkar corak pemikiran yang menghalang kemajuan dan membina kerangka fikir yang mendorong perubahan nyata.
02
Pembentukan Tabiat Berkesan
"Bukan Disiplin Yang Anda Perlukan, Tapi Sistem Yang Betul"
Mengapa tabiat baik sukar dibina dan tabiat buruk sukar ditinggalkan? Sains tingkah laku manusia ada jawapannya, dan ia lebih mudah dari yang anda sangka.
03
Pengurusan Masa & Aktiviti
"Bukan Kurang Masa, Tapi Kurang Struktur"
Sesi ini bukan tentang jadual yang ketat. Ia tentang cara anda mereka bentuk hari anda supaya tenaga, fokus, dan masa anda digunakan pada perkara yang benar-benar penting.
04
Matlamat & Mengatasi Prokrastinasi
"Tahu Apa Nak Buat, Tapi Tak Buat Juga?"
Prokrastinasi bukan masalah kemalasan, namun sains buktikan ia masalah emosi dan sistem. Sesi ini mengajar cara bina matlamat yang realistik dan langkah pertama yang tidak boleh gagal.

Dipercayai. Diiktiraf. Dibuktikan.

Juara
Da'i Pendakwah Milenia
TV3, Musim 1
Hos Tetap
Kapsul Reset Petang Ini
Radio Zayan, 2025 – kini
Jemputan Khas
Motivasi Pagi
IKIM FM, 2025 & 2026
Penulis Buku

Mula Sekarang Atau Menyesal Nanti

Sebuah naskhah yang memperincikan bahawa perubahan terbaik bermula dengan satu tindakan hari ini. Panduan praktikal yang boleh anda gunakan serta-merta untuk menolak prokrastinasi dan mula membina kehidupan yang lebih bermakna.

Penerbit Nuktah Books
Tahun 2026
Buku Mula Sekarang Atau Menyesal Nanti
TV3
Radio Zayan
IKIM FM
Nuktah Books
1,000+
Sesi Ceramah
13
Tahun Di Pentas
1,000
Audiens Terbesar

Impak Yang Dirasai

"Alhamdulillah untuk talk masa haritu sangat best bagi saya. Suara Puan Adibah yang clear, nada firm macam boost energy buat yang nak mula buat sesuatu. Tapi dalam masa yang sama tidak terlalu keras, bagi saya memang kena sangat dengan vibes yang Puan Adibah sampaikan melalui penulisan buku beliau."
Puan Bella, Putrajaya
"Salah satu faktor saya sedar untuk 'push' diri dalam cabaran overcome low self confidence adalah ceramah sahabat saya sendiri, Adibah Rozain. Sungguh rasa macam apa yang beliau kongsikan itu sebijik dan sama lah. Ayat 'Rasa nak buat, buat sekarang jangan tunggu sempurna baru nak buat.' Ini paling terasa. Terima kasih banyak-banyak Puan Adibah untuk video-video sharing yang isu nampak biasa tapi itu sebenarnya realiti."
Puan Azimah, Shah Alam
"Saya suka tengok video Pn Adibah Rozain. Saya dah praktikkan selama 4 hari tentang lawan sikap suka bertangguh tu... saya terus buat kerja-kerja yang kecil tanpa bertangguh. Saya rasa tenang, boleh urus emosi marah bila dengan anak-anak, masa pun cukup dan tak perlu terkejar-kejar."
Follower TikTok @adibahrozain
"Hasil tengok video akak 2 minggu yang lepas telah mengubah diri saya hari ni. Lepas tengok video ni saya terus buat. Tetapkan rutin, tak bertangguh. Subhanallah! Daripada sebelum ni asyik stuck, semuanya smooth. Kuncinya ada pada diri kita je sebenarnya — how we manage it. Terima kasih akak, small things hit big impact to others' life."
Follower TikTok @adibahrozain

Mulakan Perbualan

Hubungi kami terus untuk semak tarikh, bincang keperluan program, dan dapatkan maklumat lanjut.

Hubungi Via WhatsApp →
E-melnoradibah.work@gmail.com
WhatsApp011-5690 3702